By Alina Wardah

Pertama kali baca entry ni....nukilan saudara Zul dan istri...terus terkesan....
Penulisan yg sungguh bermakna....tuk kehidupan kita semestinya...
Terima kasih banyak ya Akh wa Ukhti....

____________________________________



Boleh jadi Keserasian bukan mesti kita mempunyai pendapat dan sikap yang sama dalam semua perkara, tetapi ia adalah sebuah kemampuan kita memanfaatkan segala perbezaan untuk mencapai keharmonian, meraikan kepelbagaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ibarat bezanya caj positif dan negatif yang menghasilkan sebuah bateri. Atau ibarat bezanya bunyi setiap note piano yang menghasilkan lagu. Semakin banyak perbezaan, semakin mencabar jalan mencapai keserasian, jika kita gagal menghormati perbezaan dan mengurusnya dengan baik.

Oleh sebab itu kita digalakkan mencari yang sekufu agar lebih mudah mencapai keserasian. Baik daripada segi misi dan visi hidup (perkara paling utama), latar belakang keluarga, minat dan kecenderungan. Pemain badminton akan mencari pemain badminton yang memahami kerjayanya, begitu juga artis. Aktivis dakwahpun mencari aktivis dakwah agar melahirkan momentum dakwah yang lebih baik. Namun, tetap saja akan ada perbezaan-perbezaan yang perlu diurus, sekalipun kita mendapatkan pasangan yang memang sekufu.

Dalam penulisan yang lepas (rujuk pelajaran #3), saya ada menyentuh bahawa suami dan isteri masuk ke alam pernikahan setelah hampir 25 tahun (contoh) hidup dengan cara hidup masing-masing, persekitaran keluarga masing-masing, dan banyak lagi perkara-perkara yang berbeza dilalui. Maka, menidakkan kepelbagaian pendapat dan sikap pasangan itu adalah tidak thobi'i, bertentangan dengan fitrah perubahan yang mengambil masa yang panjang.Semakin lama seseorang terbiasa dengan sesebuah pendapat dan sikap, semakin sukar untuk kita membuangnya.

Pun begitu, tidak semua sikap dan pandangan yang berbeza itu bererti ada pihak yang salah dan perlu diperbetulkan. Kita selalu mendengar ungkapan we agree to disagree. Hakikatnya, kita memang disatukan pun atas dasar perbezaan, iaitu perbezaan jantina. Pastinya cara fikir dan sudut pandang berlainan jantina itu ada kelainannya. Zalim jika kita memaksakan pasangan untuk setuju dengan semua perkara yang kita lontarkan, semua tindakan yang kita ambil. Melainkan jika pendapat dan sikap itu jelas bertentangan dengan agama, maka kita perlu memperbetulkan, itupun dengan cara yang berhikmah.

Suami, suka tengok bola. Isteri, suka tengok kain, kerongsang. Suami suka bersikap tegas terhadap anak-anak, isteri suka pendekatan memujuk. Suami suka yang mudah dan simple, isteri suka yang details dan kompleks. Suami suka makan manis, isteri suka makan pedas. Apatah lagi kalau suami sokong kerajaan, isteri sokong pembangkang, nampaknya rumahtangga jadi medan perbalahan politik kalau tak dibincang dan diurus dengan baik. Kita harus belajar mengenal pasangan. Semua perbezaan ini harus dimanfaatkan untuk mencapai keharmonian. Apa yang paling penting adalah komunikasi antara kedua-dua belah pihak dalam suasana yang penuh cinta dan kasih sayang, bukan penuh tegang dan ego.

Hidup dalam rumahtangga adalah ibarat sebuah kerajaan yang wujud dengan ahli yang kecil, suami sebagai pemerintah, isteri sebagai pembangkang (atau sebaliknya), anak-anak sebagai rakyat. Atau mungkin suami sebagai Perdana Menteri, isteri sebagai Timbalannya. Adanya perbezaan-perbezaan itulah yang memunculkan resolusi-resolusi yang lebih adil dan menguntungkan kedua-dua belah pihak, terutamanya rakyat (anak-anak). Apabila ada pandangan dan sikap pasangan yang berbeza, yang kita bincangkan adalah bagaimana mengurus perbezaan tadi dan meletakkannya di tempat yang betul supaya ia menjadi faktor penguat, bukan pemusnah. Jika kita asyik menghentam, ia akan melahirkan dendam yang sukar diredam. Akhirnya, pembangkang dan kerajaan akan sentiasa mencari jalan untuk berbeza, walaupun di pihak lain ada kebenaran yang dilontarkan.

Suami cakap sepatah, isteri hentam 3 patah, sebagai bentuk balas dendam kerana suaminya pun selalu menghentam pendapatnya. Walaupun hakikatnya pendapat atau sikap itu tidak salah, cuma berbeza. Akhirnya, ia tidak menguntungkan rakyat, hak mereka tak tertunai. Ini politik kotor namanya.

Kita perlu berlapang dada dengan teman hidup kita. Harus ada yang mengalah dan bersabar. Jangan cepat menghentam, memalukan, menyindir sinis hanya kerana dia berbeza dengan kita daripada segi pandangan dan sikap terhadap sesuatu perkara. Itu tidak membantu kita membina sebuah rumahtangga yang harmoni. Jika sikap ini dibiarkan berlarutan, kita akan semakin jauh dan sukar mencapai keserasian sampai ke usia tua. Ia juga memberi kesan kepada perkembangan anak-anak, melahirkan generasi yang suka berbalah. Manakan tidak, dalam keluarga sendiri mereka terdidik begitu.

Jika kita cuba menghormati dan meraikan pendapat dan sikap pasangan kita yang berbeza, dia pasti akan lebih menghargai kita, dan belajar untuk menghormati dan meraikan pendapat dan sikap kita juga. Ada benarnya, what you give you get back.

Wallahua'lam.

Kredit to : http://zulyunus.blogspot.com/
By Alina Wardah

Hikmah Kembara..



  Masjid Jame' Sultan Hassanal Bolkiah, Tutong, Brunei

Alhamdulillah..penulis berkesempatan berziarah ke negara Brunei Darussalam pada 4 hingga 8 Januari lalu. Delegasi dari Fakulti Pendidikan seramai 48 orang. Antara tempat yang menjadi memori terindah kami adalah:



  • Universiti Brunei Darussalam



  • Universiti Islam Sharif Ali



  • Kolej Universiti Perguruan Islam (KUPU)

Sebagai pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM..kami berperanan untuk turut serta bagi sesi dialog bersama pensyarah dan wakil  universiti2 ini. Alhamdulillah..banyak pengalaman yang dapat kami kongsikan antaranya:

  • Bahasa pengantar yang digunakan (hebat juga bahasa Arab di sana...)
  • Bilangan pelajar di sana sedikit (maksimum 300+)
  • Kualiti pelajar amat dititikberatkan
     Masjid Universiti Brunei Darussalam 

    Pejabat Mufti Darul Ifta' dan Irsyad Fatwa..
    Sebahagian Pensyarah dari Universiti Islam Sharif Ali..
    KUPU..
    Sesi dialog pensyarah UNISSHA dan pelajar Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai
Perasaan gembira dan syukur apabila berada lima hari di negara bertuah yang kaya...di bawah pemerintahan Sultan yang mewarisi darah Rasulullah s.a.w...Sultan Hassanal Bolkiah, menurut pegawai Darul Ifta'. Baginda sultan juga gemar mempraktikkan sunnah antaranya menggunakan tongkat ketika menghadiri majlis-majlis keramaian. Di darul ifta' juga terdapatnya beratus mashaf-mashaf Al-Quran dari dalam dan luar negara dan tongkat baginda sultan (hampir 300 lebih..mungkin)..to be continue..
Di bandar Seri Begawan, tiada kelihatan motor..hari kedua penulis di sana..barulah kelihatan motor (berkuasa tinggi warna biru) di jalan raya..kebanyakan rakyat Brunei memiliki kereta import..antaranya Suzuki Swift, Honda Oddessy..dan pelbagai lagi. Di sini penulis ingin berkongsi budaya yang diamalkan oleh rakyat Brunei. Mereka amat disiplin dalam etika kerja. Dari staff tinggi hinggalah staff bawahan. Kita dapat merasakan biah yang diamalkan amat berbeza..Contohnya, staff di Royal Brunei  yang sempat kami temuramah berkongsi tentang islam..satu pendekatan dakwah yang baik. Kami berkongsi tentang gejala buang bayi misalnya..Di Brunei pada tahun lepas, kes yang dilaporkan hanya 2 kes sahaja (wallahualam)..Semoga Allah merahmatinya..ini sedikit perkongsian dari diri penulis..wallahualam


Kredit buat Sahabatku Samira... rinduku padamu tak pernah berkurang... Terima kasih atas segalanya...
By Alina Wardah

Syair merdu syahdu
Beralun dalam nafas rindu
Bagai dingin bayu
Bertiup lembut dalam kalbu

Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari
Ada sinar bak pelangi
Merentang di langit tinggi
Lambang cinta nan bersemi
Dalam hati sanubari
Pada Dia Yang Terpuji
Ya Ilahi Ya Rajai



Tiada baris kata
Mengungkai makna dalam rasa
Tiada yang serupa
Bahasa syurga kalam jiwa

Kini tumbuh benih cinta

penuh makna dalam jiwa
Bertunas di ladang usia
Berbunga di ranting takwa
Pada seru kala senja
unggas pulang ke sarangnya
ada sendu dalam rasa
memujuk hati yang lara
  Syair qalbi lidah yang fasih
Pantun hati madah terpilih
Gurindam jiwa tulus dan bersih tanda kasih

Syair merdu syahdu

Beralun dalam nafas rindu
Bagai dingin bayu
Bertiup lembut dalam kalbu

Sejernih embun pagi

Disinari sang mentari
Ada sinar bak pelangi
Lambang cinta nan bersemi


Lirik tajaan : Hafiz Hamidun
By Alina Wardah

DULU…. dia (guru) pegang ROTAN dan pukul engkau. Lalu, kau kata dia GARANG macam singa, macam harimau, macam beruang. Semua macam-macam bermain di minda kamu. Kau TIDAK TAHU…. rotan itu rotan apa ? Itulah rotan hikmat, rotan berkat, rotan keramat, rotan penyengat. Kerana rotan itu, kau ingati dia, di mana-mana kau berada, selama-lamanya.

DULU…. bila dia masuk LAMBAT, kau kata dia MALAS tentu lewat tidur : tengok tv – cerita bola, cerita drama, cerita bla-bla-bla. Kau TIDAK TAHU, dia bukan sengaja lewat. Tulis buku, baca buku, tanda buku, cari idea, cipta formula agar kau pandai dan berjaya. Dia sanggup berkorban mata dan istirehatnya.
 
KAU TIDAK TAHU… dia masuk lambat sebab apa ?  Ada halangan di jalan raya, maklum pagi-pagi sibuk sentiasa. Lori, bas, kereta, motosikal, basikal dan pastinya ada manusia. Semuanya lalu di jalan yang sama. Kasihan dia, dihukum tanpa bicara.

DULU…. bila dia marah, kau kata dia melampau : marah macam harimau, menjerit macam orang kena santau, merengus macam kerbau, mata merah macam saga, begis macam naga, berkata bagai halilintar, satu kelas rasa gegak gempita.  Kau meluat melihat dia. KAU TIDAK TAHU…. marah dia ada alamat, ada sebab, ada rahmat.

Sedarkah engkau ! Kau jadi pandai kerana marahnya. Kau jadi faham kerana jelingannya. Kau jadi pintar kerana hukumannya. Kau jadi terhormat kerana tegurannya. Kau jadi manusia kerana ilmunya. Kau menjadi apa yang engkau jadi sekarang kerana pengajaran yang disematkannya agar kau menjadi MANUSIA BERGUNA. Masa berlalu pantas dan kini…

Kau pegang rotan macam dia. Tapi rotannya berbeza rupa : pembaris, penyapu, kayu dan sebagainya. Semuanya kerana kau mahu anak muridmu juga jadi pandai macam engkau. Macam dia.

Kau masuk lambat ke kelas macam dia. Serupa macam dia kerana kau juga ada alasan seperti dia. Tidur lewat untuk menyiapkan formula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajaran esoknya. Juga lambat kerana kesesakan jalanraya yang sama dilalui oleh dia suatu zaman dahulu. Tetapi mungkin berbeza kenyataannya.

Baru kini kau tahu kenapa dia begitu. Itupun setelah kau melalui jalan perjuangan yang sama dengannya. Jika tidak, kau tidak akan tahu sampai bila-bilapun dan selalu menyalahinya. Yang membezakan kau dengan dia hanyalah zaman. Zaman engkau sangat berubah dan ditenggelami oleh teknologi globalisasi. Lebih mencabar dari zaman dia. Penuh dengan krisis akhlak yang memeningkan kepala.

Peraturan berbagai rupa tapi disiplin dipandang dengan sebelah mata oleh kebanyakan pelajar yang sudah hilang hormat pada gurunya. Hilang deria kecintaan pada gurunya. Benci pada sekolah. Benci pada pelajaran. Benci pada segala yang menempatkan kebijakan masa depannya. Apakah kerana kau menjadi salah satu dari penyebabnya. Mudahan tidak. Kerana engkau adalah guru yang dedikasi dan berhemah tinggi.

Kebalikan dari zaman dia, ramai anak muridnya  kini jadi MANUSIA YANG BENAR-BENAR BERJASA termasuk engkau, walau tidak semuanya berjaya dalam kerjaya. Pendidikan dia meresap ke jiwa raga. tegas dan garangnya menjadi jalan menuju bahagia.

WAHAI PELAJAR YANG DIKASIHI, CINTAILAH GURUMU YANG TELAH BERJASA. SIAPALAH KAMU HARI INI ?

Sekian, salam hormat penuh takzim.
SITI FATIMAH AHMAD. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Bintangor, Sarawak

 
  
By Alina Wardah

Apabila ujianNya datang tiba, kita sering mengeluh. Kita berdoa, namun seperti doa kita seperti tidak dijawab.

Kita mohon pertolongan, namun tiada siapa yang datang membantu.

Kita rasa seperti ditinggalkan, tidak mampu menanggung lagi bebanan lalu kita hilang percaya akan pertolonganNya.

Apakah benar Allah meninggalkan kita?






Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.

Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.

Lalu kita muhasabah, kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?

Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?

Ketahuilah, ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.

Tanya diri kita, mampukah kita menanggungnya?

Jawapannya, ada dalam diri kita. Optimis dan terus positif kerana Dia percaya kita mampu menanganinya.

Oleh itu, selalulah bersangka baik pada Allah apabila ditimpa ujian, bebanan, dugaan kerana Allah sedang melihat kita dan Dia ingin menguji apakah kita mahu kekal bertahan dan percaya akan rahmat dan nikmat Allah?

Atau mengalah, menjadi orang yang rugi selama-lamanya?



Sumber : FaceBook (30/06/2012 : 8.20 p.m)
By Alina Wardah
Buat Ustaz dan Ustazah 

Mampukan kita digelar sebagai seorang ustaz/ah sedangkan hak seorang ustaz/ah itu ada sepuluh dan mungkin juga lebih dari sepuluh...
Sama2 kita teroka dan cari erti sebenar Ustaziatul Alam..=)

(1) Takutkan Allah, (2) Sentiasa memberi dan menerima nasihat,
(3) Sayang dan menyayangi,
(4) Waras dalam pertimbangan,
(5) Sabar,
(6) Santun,
(7) Merendah diri,
(8) Memelihara diri dari harta manusia,
(9) Sentiasa membaca buku dan
(10) Pintu rumah atau bilik pejabatnya sentiasa terbuka kepada penuntut ilmu.

selebihnya sila fikir2kan ya?
By Alina Wardah

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM & juga bakal-bakal suami yg akan mendidik isteri kalian!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah
 
By Alina Wardah
Kebahagiaan dapat diketahui ada pada diri seseorang yang mempunyai 3 perkara :

PERTAMA, tidak dengki atau cemburu pada orang lain.
KEDUA, yakin dan bertawakal kepada Allah.
KETIGA, bersyukur dan sabar terhadap ujian Allah SWT.

Dampingilah mereka agar dapat menumpang bahagia dan rahmat dari Yang Maha Pemurah!

- Ustaz Emran Ahmad

By Alina Wardah


Salam alaik....mohon maaf dipinta...andai ada terkasar...tersalah kata...
oh ya, marah ustazah bukan saja2....tapi bersebab....
kenakalan kalian adakalanya menyingkap amarah ustzah tanpa sedar...
Dan....percayalah...
Sayu rasa hati nak tinggalkan kalian....
tapi itu la....
Patah tumbuh hilang berganti...
adat hidup dibumi Allah...
Andai esok ustazah tiada disitu...nanti ada yg lagi hebat dari ustazah...untuk kalian 2 BESTARI....

Sayang kamu semua....
By Alina Wardah

JODOH adalah RAHSIA Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang...cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah...

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang akan ada dihadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan untukku, untuk hidupku. Tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri. Buat apa kita terus memikirkan..
... Kita LALUI hidup seperti biasa, permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu Allah yang tentukan...BERDO'ALAH semoga pengakhiran itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup...


~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi 'AKAD belum TERTUNAI...
..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi....

By Alina Wardah


Wanita itu dekat dgn kemuliaan Nubuwah
Mereka membersihkan jalan para pejuang agama
Keringat mereka adalah tingkat hidup kita
Di dalam rahimnya berpahala syuhada
Ditentukan syurga di bawah telapak kakinya
Kesakitannya mewujudkan manusia
Dukacita menyelumuti hati,para malaikat bersedih pilu
Ketika wanita tidak peduli lagi,tubuh gemalai kerlingan mata
Pipi merah dada montok,berbaju ketat melukis tubuh
Pelbagai kenistaan digelar wanita
Zahirnya wanita,batinnya bukan wanita
Ia telah pecahkan mahkota kemuliaan
Terpisah salam mulia para malaikat
Doa berganti laknat
Kecantikan suci terburai berganti petaka
Aliran pahala berganti dosa
Sama sekali tak tahu malu
Mutiara itu untuk syurga,terhijab kerana harganya
Tertutup kerana mulianya
Bukan murah tak berharga
Masa ini masanya berlaku
Esok adalah menerima rasa
Hijab itulah pemeliharanya
Wahai pemelihara nikmat syariat Allah
Butakah hati yang tak mengenal Allah
Hinalah mereka yang tertawan nafsu
Jadilah Fatimah-Fatimah penyambung zaman
Jadilah Fatimah-Fatimah seterusnya
Sebagai pelahir Hassan dan Hussein yang baru
Dalam darahmu ada kesucian
Sabda NAbi saw:
Dunia ini adalah perhiasan
Dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah


Dipetik dan diubahsuai dr:
Buku Fadhilah Wanita Dai'yah
Ust.A.Abdurrahman Ahmad


By Alina Wardah

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)


atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


Drama 
~ Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ~
@2012


By Alina Wardah

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~ 




Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu


By Alina Wardah

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.


Sumber: myIbrah.com
By Alina Wardah

Kehidupan Nabi Yusuf sangat dibenci oleh adik-beradiknya kerana Yusuf sangat disayangi oleh ayahnya iaitu Nabi Ya’qub a.s.... Suatu hari mereka telah membuat satu rancangan untuk membunuh Nabi Yusuf.

Telah ramai antara mereka di situ selalu berkata: Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna.

Adik beradik nabi Yusuf pun tertarik dan berkata kepada yang lain: Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam perigi, supaya dia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir yang lalu di situ, kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu.

 

Mereka pun menggunakan tipu daya atau helah untuk membawa Yusuf keluar berjalan. Dalam perjalanan mereka telah menolak Nabi Yusuf ke dalam perigi. Nabi Yusuf meminta tolong tetapi tidak diendahkan. Apabila pulang ke rumah, adik beradik Nabi Yusuf berpura-pura tak tahu tentang Nabi yusuf. Tiba2 ayahnya (Nabi Ya’qub) berkata:
Nabi Ya’qub: Mana yusuf?

Adik beradik Nabi Yusuf: Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu dia dimakan oleh serigala, dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.
Mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu.

Nabi Ya’qub: tidak! Ini semua tidak benar dan hanya kata2 kosong! Jika ia benar2 terjadi, aku akan bersabar dan memohon pertolongan daripada Allah.

Suatu hari Nabi Yusuf telah dijual, baginda telah dibawa sehingga ke Mesir. Yusuf terpaksa menjadi hamba kepada seorang raja dan raja tersebut mempunyai isteri yang muda dan cantik, itulah dia Zulaikha. Zulaikha tertarik dengan Yusuf sebab Yusuf seorang yang handsome, lalu dia mengambilnya sebgai anak angkat. Pada suatu hari...... Zulaikha menggunakan helah untuk memikat Yusuf, lalu dibawanya Yusuf ke tempat yang sunyi, iaitu di sebuah bilik....
Zulaikha: Kamu sungguh tampan. Sudikah kamu bersama-sama denganku? Aku bersedia melayanimu...

Yusuf: Astaghfirullahal ‘Azim... Sesungguhnya ini merupakan musibah bagiku. Jika aku dipenjarakan sekalipun, lebih aku sukai daripada aku bermaksiat kepada-Mu, ya Allah.... Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan yang keji, sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Nabi Yusuf kemudian berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri. Zulaikha mengejarnya dari belakang dan menarik baju yusuf dan terkoyaklah baju Yusuf dari belakang. Tiba2 pintu bilik dibuka, dan terkantoi oleh suami zulaikha.
Zulaikha: Tengok! Dia mahu mencabuliku! Adalah lebih bagus jika dia dpenjarakan atau diseksa....

Yusuf: Sesungguhnya dia yang menggodaku. Aku ternyata tidak bersalah.

Suaminya tercengang mendengarnya, dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan Zulaikha, tetapi jika baju Yusuf koyak di belakang maka Yusuf seorang yang benar dan Zulaikah adalah pembohong.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia pun berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
Dia pun menyuruh isterinya meminta ampun dan mengarahkan Yusuf supaya melupakan hal itu, untuk menjaga aibnya dan isterinya. 



Sumber : FB Khazinatul Asrar : 2012


By Alina Wardah
                 Kisah ini berlaku kepada tujuh orang pemuda pada zaman Raja Dikyanus yang sangat kejam. Suatu hari, Raja Dikyanus mahu membunuh dan menyeksa sesiapa yang mengaku beriman pada agama selain dari agama yang dianutinya. Kekejaman itu terserlah apabila berlakunya dialog antara raja Dikyanus dengan pemuda2 tersebut.


Raja Dikyanus: Apakah yang engkau ingin katakan padaku, setelah ramai di antara rakyatku takut untuk bersuara di hadapanku. Katakanlah....

Maka dengan beraninya salah seorang daripada pemuda2 kahfi itu maju ke hadapan. Beliau pun bersuara: “Aku ingin katakan, agama yg selama ini kau dan rakyat lain anuti adalah agama yg salah. Dan kami hanya menyembah Tuhan yg satu (Allah). Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari pada-Nya, jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Dengan wajah bengis, maka marahlah Raja Dikyanus. Raja Dikyanus mengarahkan mereka dipancung. Tetapi mereka sempat melarikan diri sehingga mereka dikejar dan akhirnya mereka bersembunyi di dalam sebuah gua.
Apabila sampai di dalam gua, mereka berasa cuak dan risau, lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami... Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Kemudian tiba2 mereka semua berasa mengantuk yang amat dahsyat. Lalu mereka semua melelapkan mata dan tertidur......

Selepas beberapa hari, akhirnya tentera raja Dikyanus sampai di gua tersebut. Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Aku rasa mereka bersembunyi di dalam gua ni. Pergi tengok dalam tu, kot2 ada kesan jejak mereka.”

Mereka pun mara dekat lubang gua itu, ternyata mereka terkejut besar dan berasa gerun melihat seekor anjing yang matanya terbuka besar dan elok berdiri di hadapan gua itu seolah2 sedang menjaga dan mengawal pintu gua itu. Mereka pun berlari ketakutan dan meninggalkan gua itu.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun bertukar. Akhirnya bumi berubah wajah dengan beberapa kurun telah berlalu, iaitu 309 tahun telah berlalu. Mereka pun tersedar dari lena yang panjang...

“Hm, berapa lama kita sudah tidur?” Tiba2 salah seorang daripada mereka bersuara.

“Sehari kot, ataupun separuh hari...” Sorang lagi menjawab sambil menggosok2 matanya.

Tiba2 salah seorang daripada mereka bangun sambil mengurut2 badannya yang kebas sambil berkata, “Tuhan kita lebih menengetahui tentang lamanya kita tidur, sekarang apa kata kita utus salah seorang daripada kita membawa wang perak ini ke bandar, kemudian pergilah cari dan pilih mana-mana jenis makanan yang baik lagi halal (yang dijual di situ), dan yg pasti kita mestilah berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh semasa di bandar, dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari identiti kita.. boleh?”

“Boleh, kerana kalau mereka mengetahui hal kita, mesti mereka akan merejam dan membunuh kita atau mereka akan mengembalikan kita kepada agama mereka secara paksa dan jika berlaku demikian, kita sekali-kali tidak akan berjaya selama-lamanya.” Tambah salah seorang lagi daripada mereka.
Akhirnya mereka semua bersetuju dengan keputusan itu.

Sesampainya di bandar salah seorang yang sukarela untuk membeli barang itu pun beli barang dengan menggunakan wang perak tadi.
Tetapi peniaga di situ hairan dan musykil. Beliau pun berkata, “Ini duit zaman dulu. Kenapa kamu masih simpan wang seperti ini?”

Pemuda kahfi itu menjawab, “Betul ke duit ini tidak laku? Habis, kamu semua guna duit apa?”

Lalu, lelaki itu pun tnjuk duit yg digunakannya, ternyata duit itu adalah mata wang yg tidak pernah dia tahu sebelum ini. Pemuda kahfi segera pulang semula ke gua.

“Kamu semua nak tahu, duit perak ini tak laku! Mereka semua sudah menggunakan duit baru. Dan baru aku perasan, semua suasana di sekeliling kita berubah. Ternyata zaman pemerintahan di sini juga berubah kerana aku terdengar mereka bercerita tentang raja di sini yg aku tidak pernah dengar namanya.” Bersungguh dia menceritakan kepada sahabat2nya yg lain.

“Jadi, kita sudah tidur terlalu lama, sehingga dunia sudah berubah???” bulat mata pemuda kahfi itu kerana terkejut.

“Subhanallah.... ini satu tanda kekuasaan-Nya yang maha besar.... Sudah pasti keluarga2 kita sudah tiada lagi....” matanya dipejam kerana terkenangkan ahli keluarganya. Mereka pun memutuskan untuk pulang dan keluar dari gua itu.


Sumber : FB Khazinatul Asrar : 2012



By Alina Wardah

Assalaamu alaikum wa rahmatullaahi wa barkaatuhu. Sahabatku, inilah diantara TANDA2 HATI yg MATI,....mohon sentiasa muhasabah...koreksi diri....InsyaAllah...selamat dunia akhirat.... Takbir!!


1."Tarkush sholah" Berani meninggalkan solat fardhu, 

2. "Adzdzanbu bil farhi" Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3), 

3. "Karhul Qur'an" Tdk mau membaca bahkan menjauih dg ayat2 Alqur'an, 

4. "Hubbul ma'asyi" Terus menerus ma'siyat, 

5. "Asikhru" Sibuknya hanya mempergunjing & buruk sangka & merasa dirinya selalu lebih suci, 

6. "Ghodbul ulamai" Sangat benci dg nasehat baik & ulama, 

7. "Qolbul hajari" Tdk ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan & akhirat, 

8. "Himmatuhul bathni" Gilanya pd dunia tanpa peduli halal haram yg penting kaya, 

9. "Anaaniyyun" sama sekali masa bodoh keadaan orng lain, saudara bahkan bisa jadi keluarganya sekalipun menderita, 

10. "Al intiqoom" Pendendam hebat, 

11. "Albukhlu" sangat pelit, 

12, "Ghodhbaanun" cepat marah krn keangkuhan & dengki. 

 

"Semoga ALLAH selalu menghiasi hati kita dg keindahan, kekuatan & kenikmatan iman...aamiin"

(K. H. Muhammad Arifin Ilham,2012)

 

By Alina Wardah
Dipercayai,disinilah tempat Nabi Musa dan Nabi Khidir berjumpa..









Surah alkahfi dari ayat 78-82...


Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir supaya Nabi Musa belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya utk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...


Nabi Musa: InshaAllah, aku pasti akan bersabar denganmu,


Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...


Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....


Nabi Khidir: Baiklah....


Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba2 Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut! 

Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yg merugikan?



Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...


Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...




Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba2 Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!


Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!


Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...


Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba2 Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yg hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang, 


Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.

Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....






Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yg sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan2 ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yg berdekatan di sini.




Ada pula budak yg aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya




Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yg hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...


Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak sabar dengannya....

 Sumber : FB Khazinatul Asrar : 2012



By Alina Wardah
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.  

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.  

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. 


Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.



Dipetik dari: malaysiaria.ning.com
By Alina Wardah
Syurga yang diidam....jgn Neraka yang terhidang....


Ibu,
jaga anak-anakmu itu...tegur mereka dikala mereka lagha




Ayah,
marahi anak-anakmu jika mereka lupakan Allah dan Rasul walau sedetik


 
Anak, 
jangan kau pernah sakiti ibu dan ayah, jadilah anak yang mampu membahagiakan mereka di dunia mahupun di akhirat.



Suami, 
mohon pimpin isteri dan ank2mu ke syurga


Isteri,
Jangan kamu lupa untuk taat pada suami, biar bidadari syurga cemburu denganmu


Kakak...abang, 

awasi tingkah laku adik-adik...mereka masih mencari, mereka belum matang



Adik, 
 doakan kakak-kakak dan abang-abang supaya mereka sentiasa diberi petunjuk dan hidayah...serta melakukan perkara yang disuruh...tinggalkan perkara yang dilarang agama.


Sahabat, 
pimpinlah tangan mereka..kadang-kadang mereka lupa arah mana perlu tuju, mereka acapkali silap jalan...









 Guru, 
ajarkan mereka sesuatu, agar mereka tidak lagi lakukan kesalahan sama berulang kali




Aku,
 mohon jaga diri baik-baik... pastikan hati sentiasa ingatkan mati, rindukan Allah dan Rasul.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...