By Alina Wardah



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya padaMu Ya Allah. Cukup Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terhingga Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Untaian Kasih DAN Cinta buat Ayahandaku Ismail Bin Chia’a dan bondaku Fatimah Binti Awang Draman, Nasihatmu sungguh bermakna bagiku, tidak pernah serik Mengenalkanku erti kehidupan. InsyaAllah, selagi nafasku masih berbaki, Jasa dan Pengorbanan kalian sentiasa meniti dalam doa kudusku setiap masa.

Secangkir Tanda Ingatan Dan Penghargaan Kepada Kakanda dan Juga Adinda Yang Sentiasa Memberi Suntikan Semangat Kepadaku Untuk Meneruskan Perjuangan Ini... Kakanda Rohani, Che Kamariah & Siti Nor Aziah,Kakanda Mohd Jusoh & Mohd Noor, dan Adinda Mimi Nor Asmida..Semoga Kalian di Rahmati Allah Selalu... Tidak lupa juga ahli keluargaku yang lain, terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang yang terpatri selama ini dan selamanya.

Warga pendidik (terutama ayahanda Ahmad Puhad Alim) Lautan ilmu ini membuatkan daku tenggelam asyik dalam mengenali Sang Pencipta RabbulA’lamin. Daku akan sematkan segala mutiara ilmu yang telah kalian curahkan buat pedoman meniti hidup ini.

Sahabat, Tawa riangmu menghiburkan hatiku, kenangan bermuhajadah selama bergelumang di lautan ilmu ini adalah antara kenangan terindah yang pernah terakam dalam bait memori hidupku, panjang umur, kita berjumpa lagi. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian.

Untuk diriku yang serba Dha’if, Jadikan AL QURAN sebagai teman sejati, ZIKRULLAH sebagai penghibur hati, SOLAT sebagai pendinding diri dan TAQWA menjadi baja dalam taman hati.
- Amin –
By Alina Wardah
Imbas kembali kenangan lama...

16/7/03....Aku dapat satu surat...
MasyaAllah, unik sangat sampulnya..sekilas pandang..soheh, mmg dia yang hantar..
tkde orang sekreatif dia...

siap ada pesanan tuk posmen...
"posmen, tolong hantar surat dan jaga surat ni baik-baik please..."
so cute..

Buka ja sampulnya..airmataku terus mengalir..hatiku bermonolog..'masih ingat dia padaku...'

; Especially For You..Alina Wardati.. Langit masih belum cerah, tampakkan seri pudar suasana, oh sahabatku, kau tersenyum, merawat sengsara yang berkarat dihati. Walau kau jauh nun disana, takkan ku biar kenangan bersamamu, moga Allah memberkati, dengan rahmat dan kasih sayang terjalin. Sahabat, pilunya hatiku, menanggung sengsara derita hidupmu, onak duri ditempuhi jua, kerana Allah kita bertemu, dan kerananya kita berpisah. Kita, suka dan duka dalam apa jua, oh sahabat, semoga Allah meredhai kita, sesungguhnya senyumanmu masih lagi ku simpan, ku menunggu dirimu, agar terubat lara....
Helaiaan pertama surat ku buka...
dan kedua..ketiga...keempat...
Airmataku menitis lagi..ntah ke berapa kali aku tak pasti...
Kau gembira disana..ada kawan baru...guru baru..

Walaupun begitu, aku sangat gembira untukmu...
Baru ku tahu..selama ni kau tak pernah lupakan aku..
suka duka kita belajar bersama di rumah F (gelaran tuk umah sewa kite),
makan bersama,
memasak,
bermain,
menangis,bergembira...

Aku yakin,
Sampai masa..kita akan berjumpa lagi..InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...