By Alina Wardah







LATIHAN di SINI...

  1. Nyatakan pengertian solat tahajjud
  2. Bilakah waktu yang sesuai bagi solat Tahajjud
  3. Nyatak tiga hikmah melakukan solat tahajjud
  4. Nyatakan tiga adab berdoa
  5. Ibadat solat tahjjud boleh melahirkan murid yang berdisiplin dan ikhlas dalam Kehidupan. Kemukakan pendapat anda mengenai pernyataan ini.
  6. Senaraikan solat-solat sunat yang lain selain solat tahajjud dan solat hajat
  7. Nyatakan 4 rukun solat tahajjud
  8. Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah di bawah;
i.              Fikri melakukan solat tahajjud pada pulul 12.00 tegahari di pejabat
ii.             Munah terlupa membaca surah al-Fatihah semasa menunaikan solat tahajjud
iii.            Pak Yusof menunakanj solat hjat secara berjemaah bersama ahli keluarganya
iv.            Wan Zaleha menuunaikan solat hajat dua kali sehari sebeluim menjelang hari peperiksaan




______________________________________________________________________________
Selamat menjamu selera............(",)


Labels: 4 comments | | edit post
By Alina Wardah



Selamat belajar...(",)
By Alina Wardah
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada pen marker, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata;


“Saya ada suatu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada pen marker, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat pen marker, maka berserulah “Pen Marker!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”


Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian guru kembali berkata;


“Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat pen marker, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Pen Marker!”.


Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.


“Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika".

“Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya". 


Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya..
 ”Paham cikgu…”
“Alhamdulillah, kamu dapat memahaminya…”


Hari itu, guru itu menamatkan proses pengajarannya dengan senyuman yang luarbiasa.."aku tahu anak2 ini bijak..mereka tahu untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk"....


"Ustaziatul Alam"
seindah sebutan.......

Imam Hasan Al-Banna pernah kata....“Medan khayal itu lebih luas dari medan bercakap, medan bercakap itu lebih luas dari medan beramal, medan beramal itu lebih luas dari medan jihad, dan medan jihad itu lebih luas dari medan jihad yang muntij”

Apa itu Muntij.....?
argh..apa itu Medan....?

'Kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi seribu satu maksud tersurat dan tersirat. Bagi mereka yang bersih hatinya, pasti akan menemui maksud dari penyataan beliau......'

iya...sama sekali aku tak lupa itu... 

'Untuk mengatakan yang kita mahu Islam ini menjadi ustaziatul alam adalah cukup mudah. Kanak-kanak berusia 3 tahun pun mampu untuk berkata sedemikian. Namun, persoalannya adalah adakah kita benar-benar beriman dengan kata-kata kita itu langsung melakukannya tak kira susah manapun jalan yang bakal kita tempuhi.'........
duhai hati2...walau kite ada rasa tak mampu..kita usaha lagi.... sama2 kita terus berjalan...kalo rse tak sempat...kita berlari..sehinggalah ke saat kita bertemu denganNya....


~~~~~~~~~~~~~~~(@)',-'-,"-..=D




By Alina Wardah
Aku Tak Bodoh...
                                                       sangat menarik...

penuh erti.... 
seribu pengajaran
comedy movie that is set to make you laugh and cry

sesuai untuk tontonan umum...

brings out hilarious and heart
 

Cerita ini mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya bahawa melalui kritikan, anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Nasihat dan teguran dianggap bebelan/leteran tanpa makna...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... Anak zaman sekarang, penuh angan, igauan, impian tanpa sempadan. Adakalanya, mereka ada betulnya..silap kita kerana terlalu ego...tidak mahu bagi mereka PELUANG...hanya tahu, kita sentiasa betul...benar...mereka SALAH. 

Selamat menonton....;-)

By Alina Wardah
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini ?" 

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia " 

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?" 

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini " 

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "
Labels: 0 comments | | edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...