By Alina Wardah
..............."Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara..tidak mengunkap janji, tidak bermadah cinta..cukuplah kata mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman..hati kita ALLAH yang punya, hati kita ALLAH yang jaga..berdoalah, kerana itu senjata kita..andai takdir hidup bersama, pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya.. Aku redha.."

Bila suka pada seseorang, panjatkan doa pada Allah. kerana DIA pemilik mutlak hatinya. walau macamana sekalipun kita berusaha untuk membuat seseorang itu untuk suka pada kita, namun jika Allah tidak izinkan, maka mustahil ia akan berlaku. oleh itu, serahkan urusan tersebut pada Allah, mohonlah untuk dipertemukan jodoh dengannya..moga2 yang datang itu membahagiakan...

Namun, jika ada manusia yang berfikir tak logik sebuah laci itu boleh terbuka dengan sendiri yakni tanpa usaha secara realiti, maka bolehlah mengkhabarkan kepadanya melalui orang tengah yang boleh dipercayai yang juga baik agamanya sebagai perantara antara kamu dan sidia.

Dan, jika dia bukan milikmu nanti, yakinlah bahawa Allah akan memberikan kamu seseorang yang terbaik dan lebih baik daripada orang yang kamu sukai sebelum ini. Janji Allah itu pasti! Yang baik akan ditemukan juga dengan insan yang baik.

Andai ketika kamu berharap yang terbaik tetapi kamu hanya mendapat yang biasa, bersyukurlah kerana kamu tidak mendapat yang buruk"

persiapkan diri ke arah kebaikan! ia bermula daripada diri sendiri (^^.)
Bila ALLAH kata inilah masanya , masa tu akan kita bernikah . In syaa Allah !!


<< BAHAGIA YANG MEMBAHAGIAKAN >>

Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia :
Qalbun Syakirun Hati yang selalu bersyukur

Al-Azwaju Solihin pasangan hidup yang soleh

Al-Auladul Abrar Anak yang soleh...

Al-Biatus Solihin lingkungan yang kondusif untuk iman

AL-Malul halal harta yang halal

Tafakkuh fid-Din Semangat untuk memahami agama .

(Ibnu Abbas RA)

Percayalah, untaian kata2 indah diatas bukan hadir dari tarian jari saya...sekadar berkongsi kata2 indah dari deretan post2 di facebook....aiwah...bukan apa....hanya memanfaatkan isi fb untuk kebaikan kita...ayuh... :) !!

19-02-2013
11.33 pm
(@@.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...