By Alina Wardah


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

 Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


Sumber bersama : http://www.liriknasyid.com/


By Alina Wardah

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.




# Tegur aku tika aku khilaf... 

By Alina Wardah

Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.
Teruskan membaca Al-Quran dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke . 


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau umpama kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara fasih lancar ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, bagimu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai penghias rak bukumu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Basmallah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam simpanan peribadimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan anai-anai

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
kubur yang setia menunggu mu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


By Alina Wardah
3 minggu yang lalu aku diberi peluang menghadiri satu program..tugasan sampingannya..Aku sebagai guru pengiring ba...mudah kata..jd mak sementara tuk 59 anak2 org.. Namanya program itu"REMAJA HADHARI"....cantik ba namanya itu..peace=.. Bertempat di Pusat Latihan Islam, Kundasang...4jam dari Sandakan...Programnya bermula pada 1 April dan berakhir pada 3 April...Padat dengan pengisian ilmiah..amat sesuai untuk para hati2 yang kontang...termasuk aku barangkali..;-) 

~aku yang semakin merindui majlis ilmu itu~

Disini mau sekali aku kongsikan dgn kalian..cerita dari sang ustaziatul alam semasa di program itu..berkenaan satu kisah.. Kisah 'Tentang Neraka'...selalunya kisah Tentang Cinta yang kalian selalu dengar..itu pnye kisah amat2 tidak elok untuk kesihatan iman...iya kan? ui nah..ada yg ndak setuju sama aku ya..? ndak ape...


Tak mau aku rumit2kan situasi...jom sama2 kita isi hati2 yang kekontangan ini dengan sedikit santapan dari sang pemilik bumi...


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ketujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. 


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
 

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, (Rasullullah S.A.W pengsan mengenangkan nasib kita, dimanakah kesedaran kita?!) sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.aw. dipangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw
bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr RA, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat" 



~aku yang semakin merindui syurgaMu~
Ya Allah...lindungi kami..

Labels: 0 comments | | edit post
By Alina Wardah

هَيَا  (hayaa) - mari
 بِنَا  (binaa) - kita
نَتَكَلَّمُ  (natakallamu) - bercakap
العَرَبِيَّةَ (al-’arabiyyah) - arab
هَيَا بِنَا نَتَكَلَّمُ العَرَبِيَّةَ
Hayaa binaa natakallamul ‘arabiyyah

Vocab

أَهْلاً وَسَهْلاً - jadilah ahli dan bersenang-senanglah (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang”)
وَ - dan
 مَرْحَبًا بِكُمْ - alu-aluan kepada anda semua (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang” atau “hai”)
أُحِبُّ - saya suka
أَنْ - (perkataan tambahan - tidak ada makna)
أَتَعَلَّمَ - belajar
 اللُّغَةَ العَرَبِيَّةَ - bahasa arab
دِرَاسَةُ - pelajaran
 اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ - bahasa arab
 مُمْتِعَةٌ - menyeronokkan
 جِدًّا - amat
سَنُصَلِّيْ - kita akan bersolat
صَلاَةَ الجُمْعَةِ - solat jumaat
جَمَاعَةً - berjemaah
هَذَا - ini
 اليَوْمَ - hari
نَزُوْرُ - kami menziarahi
الأَقْرِبَاءَ - saudara mara
فِيْ - pada
وَقْتِ - waktu
الفَرَاغِ - lapang
لاَ - jangan
تُؤَجِّلْ - tangguh
عَمَلَ - pekerjaan
 اليَوْمَ - hari ini
إِلىَ - kepada
الغَدِ - esok
طَلَبُ - menuntut
العِلْمِ - ilmu
فَرِيْضَةٌ - wajib
عَلىَ - ke atas
كُلِّ - setiap
مُسْلِمٍ  - muslim
تَعَاوَنُوْا  - tolong menolonglah
عَلىَ  - di atas
البِرِّ  - kebaikan
وَ - dan
التَّقْوَى - taqwa
العَقْلُ  - akal
 السَّلِيْمُ - sihat
فِيْ  - di
الجِسْمِ  - tubuh badan
السَّلِيْمِ  - sihat
القِرَاءَةُ - membaca
هِوَايَةٌ  - hobi
 مُفِيْدَةٌ - berfaedah
لَناَ - kepada kita
الصَّبْرُ   - sabar
  مِنَ - daripada
 الإِيْمَانِ - iman
أَنْزَلَ  - menurunkan
اللهُ - Allah
القُرْآنَ  - Al-Quran
لِلنَّاسِ  - kepada manusia
وَإِنْ   - dan sekiranya
 تَعُدُّوْا  - kamu menghitung
 نِعْمَةَ - nikmat
 اللهِ - Allah
 لاَ  - tidak
تُحْصُوْهَا  - kamu mengiranya
الصَّلاَةُ   - solat
 رِياَضَةٌ - riadah
 رُوْحِيَّةٌ   - rohani
 وَ - dan
بَدَنِيَّةٌ - tubuh badan
   جَعَلََ - menjadikan
 اللهُ - Allah
  الجَنَّةَ  - syurga
لِلْمُؤْمِنِيْنَ  - untuk orang-orang beriman
جَعَلَ  - menjadikan
 اللهُ - Allah
  العَقْلَ  - akal
لِلتَّفْكِيْرِ  - untuk berfikir
اللَّهُمَّ - Ya Allah
اِفْتَحْ  - bukakanlah
لِيْ  - untukku
أَبْوَابَ  - pintu
رَحْمَتِكَ  - rahmatMU
اللَّهُمَّ  - Ya Allah
 زِدْنِيْ - tambahkan kepadaku
عِلْمًا  - ilmu
 اللَّهُمَّ  - Ya Allah
 نَوِّرْ   - berikanlah cahaya
   قُلُوْبَنَا - hati-hati kami
  بِنُوْرِ dengan cahaya
 هِدَايَتِكَ  - hidayahMu
 نَحْنُ  - kami
 نَقْرَأُ - membaca
 القُرْآنَ - Al-Quran
كُلَّ  - setiap
يَوْمٍ - hari
الدُّعَاءُ  - doa
 سِلاَحُ  - senjata
المُؤْمِنِ - orang beriman
الوَقْتُ  (al-waktu) - waktu (masa)
 كَ  (ka) - seperti
السَّيْفِ  (as-saif) - pedang
الوَلَدُ  (al-waladu) - anak
الصَّالِحُ  (as-soolih) - soleh
يَدْعُوْ (yad’uu) - mendoakan 
لِلْوَالِدَيْنِ  (lilwaalidain) - untuk kedua ibu bapa
بِالمَغْفِرَةِ  (bilmaghfirah) - dengan keampunan
فَإِذَا   (fa iza) - maka apabila
عَزَمْتَ  (’azamta) - kamu telah berazam
فَتَوَكَّلْ  (fatawakkal) - maka bertawakkallah
عَلىَ  (’ala) - atas (di dalam ayat ini bermaksud ‘kepada’)
 اللهِ - (Allah) - Allah
أُدْعُ  (ud ‘u) - ajaklah
 إِلىَ    (ilaa) - kepada
سَبِيْلِ  (sabil) - jalan
رَبِّكَ   (rabbika) - tuhanmu
بِالحِكْمَةِ  (bilhikmah) - dengan hikmah (kebijaksanaan)
اللَّهُمَّ  (Allahumma) - Ya Allah
إِنَّا  (’innaa) - sesungguhnya kami
نَسْأَلُكَ  (nas ‘aluka) - memohon
سَلاَمَةً  (salaamatan) - keselamatan
فِيْ  (fi) - dalam
الدِّيْنِ  (ad-din) - agama
 كُلُّ  (kullu) - setiap (semua)
  مَوْلُوْدٍ (maulud) - anak
يُوْلَدُ   (yuuladu) - dilahirkan
عَلىَ  (’alaa) - atas (dalam ayat ini bermaksud ‘dalam’)
الفِطْرَةِ (al-fitrah) - semulajadi
 اللَّهُمَّ  (Allahumma) - Ya Allah
 اِغْفِرْ  (ighfir) - ampunkanlah
لَنَا   (lanaa) - untuk kami
  ذُنُوْبَنَا (dzunuubanaa) - dosa-dosa kami
  رَبَّنَا (rabbanaa) - tuhan kami (Allah)
آتِنَا (aatinaa) - datangkan kepada kami (berikanlah)
فِيْ (fi) - di
الدُّنْيَا  (ad-dunyaa) - dunia
حَسَنَةً  (hasanah) - kebaikan
وَفِيْ  (wafi) - dan di
الآخِرَةِ  (al-aakhirah) - akhirat
  حَسَنَةً (hasanah) - kebaikan
رَبِّيْ  (rabbii) - tuhanku (Allah)
اِشْرَحْ  (isyrah) - lapangkanlah
لِيْ  (lii) - untukku
صَدْرِيْ (sadrii) - dadaku
وَيَسِّرْ  (wayassir) - dan permudahkanlah
لِيْ  (lii) - untukku
أَمْرِيْ  (amrii) - urusanku
اللَّهُمَّ   (Allahumma) - Ya Allah
أَحِيْنَا    (ahiinaa) - hidupkanlah kami
بِالإِيْمَانِ (bil iimaan) - dengan keimanan
 وَأَمِتْنَا (wa amitnaa) - dan matikanlah kami
بِالإِيْمَانِ  (bil iimaan) - dengan keimanan
إِنَّ   (inna) - sesungguhnya
 اللهَ   (Allah) - Allah
 مَعَ   (ma’a) - bersama
الصَّابِرِيْنَ  (as-soobiriin) - orang-orang yang sabar
إِنَّ  (inna) - sesungguhnya
  اللهَ (Allah) - Allah
عَلىَ   (’alaa) - atas
 كُلِّ (kulli) - setiap
شَيْءٍ   (syai in) - sesuatu
قَدِيْرٌ  (qadiir) - berkuasa
اَناَ مُوَافِقٌ  (ana muaafiq) - saya bersetuju
اَناَ غَيْرُ مُوَافِقٌ  (ana ghairu muaafiq) - saya tidak bersetuju
 صُوْمُوْا (suumu) - berpuasalah
تَصِحُّوْا (tasihhuu) - kamu sihat
اللَّهُمَّ  (Allahumma) - Ya Allah
إِنَّكَ  (innaka) - sesungguhnya engkau
عَفُوٌّ (’afuuwun) - pemaaf
تُحِبُّ (tuhibbu) - menyukai
  العَفْوَ (al-’afwa) - kemaafaan
 فَاعْفُ (fa’fu) - maka maafkanlah
عَنَّا (’annaa) - dari kami


Labels: 0 comments | | edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...