By Alina Wardah
WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM & juga bakal-bakal suami yg akan mendidik isteri kalian!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa
perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara
ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan
diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara
menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh
terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/
...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali
terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI
jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan
wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat
mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar
jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu
soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha,
yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak
mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah
bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab
Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut
dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor
dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering
sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya'
sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu
diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari
keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar
(selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu
diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi
orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat
Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat
haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu
Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga
perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun
sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk
waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam
waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir)
dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di
atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah
|
Post a Comment