By Alina Wardah

Sekejap..bersama Dato’ Iblis
Setan  Tuan iblis, saya nak tanya sikit. Boleh tak?
Iblis  Ada apa setan.
Setan  Kenapa tuan seronok apabila orang alim dan ilmuan meninggal dunia? Adakah kerana tuan gagal menghasut orang alim menjadi kufur? Dan tuan berjaya menggoda si ahli ibadah mati dalam kekufuran? Sedang apabila ahli ibadah meninggal dunia, tuan buat tak kisah saja. Takde plak nak gembira macam orang alim meninggal dunia.
Iblis  Cakap banyak pun tak guna...sekarang kau pergi jumpa ahli ibadah. Kau try test power dia.
Setan  Aaa..ok.ok..


Sedetik bersama Ahli Ibadah
Setan  Wahai ahli ibadah, maaf ye ganggu sikit ni. Aku nak tanya satu soalan boleh tak?
Ahli Ibadah  Eh? Apa salahnya. Apa soalan kau tu?
Setan  Mampukah tuhan kamu, Allah itu...menciptakan dunia dalam lubang telur?
Ahli Ibadah  Err..tak pasti pulak saya. Boleh ke yek?
Setan  //Apa la ahli ibadah ni..soalan kacang macam tu pun tak tahu nak jawab


Lagi bersama Dato’ Iblis
Setan  Tuan Iblis, saya dah test ahli ibadah yang duduk 24jam atas sejadah tu..soalan senang pun boleh kantoi, bos!
Iblis  Bagus. Sekarang kau pergi test kat ilmuan plak.


Seketika bersama Encik Ilmuwan
Setan  Hai Encik ilmuwan. Nak tanye sikit ni...boleh tak tuhan kamu, Allah itu menciptakan dunia daripada lubang telur.
Encik Ilmuwan  Ooo...tentulah boleh. Takde yang mustahil bagiNya


Lagi bersama Iblis
Setan  Lain pulak jawapan ilmuwan itu, bos? Apa kesimpulannya ni? Saya tak berapa nak faham la..
Iblis  Bodoh!! Itu pun tak tau nak fikir sendiri ke, ha? Kau tengok ahli ibadah tu. Apabila test sikit je dah jadi kufur. Walaupun dia taat beribadah, tetapi ilmu ketuhanannya tidak mantap. Mudah sekali goyah apabila diuji. Berbeza halnya dengan ilmuwan tadi. Dengan yakin dan tenang dia menjawab dengan tepat sekali. Apa yang mustahil bagi Allah? Jangan hanya mencipta dunia dari lubang telur, lebih dari itu pun langsung tiada susahnya bagi Allah.
Setan  Wahh! Pandai jugak bos dalam hal agama ni ye? Dah berceramah macam ustaz jer..hehe
Iblis  Ceh! Sudah! Pergi sambung kerja. Kita takde masa nak main-main. Pergi berambus sekarang jugak! Setan betul la kau ni!
By Alina Wardah
          Moga kalian akan menjadi sebaik2 the next Khalifah..ameen..InsyaAllah..


Owh ya...
Cikgu takkan lupa saat akhir kite bersama..
mengalunkan nasyid Solatullah..
semata2 nak dipersembahkan dihari konvokesyen kalian...
keke..
Along, sabar ya...hanya kamu harapan cikgu2 Azkia

hurm..
Jom kite nasyid same2..


last but not list..
sedihnyer....terpaksa tinggalkan kalian..
Insha-Allah...Cikgu takkan lupakan kalian...
By Alina Wardah
By Alina Wardah

Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini…berkenaan sikap atau tanggapan sesetengah masyarakat memandang enteng amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepas melafazkan kalimah syahadah.

Baru-baru ni aku hadir satu sesi temuduga…sorang ahli panel bertnya…<>

Aku sedikit terkejut..soalan ni boleh diajukan??..aku bukanlah nak memperlekehkan soalan ni…malah, aku kagum, soalan ni mencabar minda aku sbgai salah seorang ‘the next ustaz n ustazah’…tp sbgai org Islam…knapa masih dipersoalkan kedua-duanya??…hrmm, mgkin ahli panel saje nak test uji pandu aku...myb.. dan bagi aku..perkara asas skali…solat perlu didirikan..itu tiang agama…membaca al-Quran juga tidak boleh kita tinggal..al-Quran ibarat lampu suluh…

Dan yang paling mengejutkan aku..jawapan ahli panel itu adalah ‘al-Quran perlu diutamakan’..alasannya… ‘kalau pelajar tak pandai baca Quran..mcmana nak dirikan solat?’….aku terpana…masya-Allah..logik akal digunakan…dimana sumber kita..Al-Quran dan as-Sunnah… Al-Quran tu wajib dipelajari..Solat pula wajib dilaksanakan… Akn tetapi solat perlu didahulukan…sekalipun kite hanya ingat 2 baris alfatihah..kite perlu tunaikan solat..perlu ditmbahkan dengan zikir..dan msti ada niat tuk pelajari dan dalami Al-Quran..itu lah hakikatnya sebenar yang Islam nak.,..

Dan yang paling aku terkesima…belum pape.. ‘the next ustaz ustazah’ dipersalahkan atas keterlanjuran serius sosial para remaja n kanak2 zaman sekarang… WHY???? Karierku sebagai ustazah belum lagi bergerak ke garisan ‘mula’….cepat sungguh wisel kesalahan dibunyikan..

Berbalik pada solat tadi….jom kite timbang tara…dimana entengnya tingkah kita.. 


Contohnya :

Kalau sakit sahaja maka kita beranggapan terluputlah kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa.

Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itudijadikan alasan untuk tidak bersolat.

Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu
dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Malah, kdg2 solat jumaat juga terlibat sama.

Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk
tidak bersolat.

Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang
gangguan.

Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan
kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu.

Begitulah longgarnya fahaman kita berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan diwaktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah. Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya.

Sebab itu Islam menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa, dibenarkan solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan bonos kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum.

Pendek kata walau dalam keadaan mana sekalipun situasi dan kondisi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu. Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.


Sekian dari hamba yang hina...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...