By Alina Wardah
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata, 

“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap” 


Kenapa saya suka tuffah ?? ;

Pertama : 
Hidu tuffah dapat menenangkan fikiran

Kedua : 
Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid

Ketiga : 
Mengurangkan risiko sakit jantung

Keempat : 
Melindungi sendi tulang

Kelima : 
Membantu mengekalkan berat badan terutamanya tuffah hijau..(harap maaf, tiada tuffah yang warna biru...keke) 

Keenam : 

Kandungan serat tuffah mampu mengisi perut yg sedang lapar sekaligus mencegah kita makan secara berlebihan

Ketujuh : 
Mengatasi masalah sembelit, bagus untuk pengidap buasir

Kelapan : 
Anti-kolestrol. mengekalkan tahap kolestrol dalam darah

Kesembilan : 
Cari la sendiri.,...banyak lagi kelebihan + khasiat tuffah...:)

1754
07042013
Sandakan
~Dengan Kasih Tanpa Benci~


Lampiran (",)
 
 
 

 
By Alina Wardah

11.56 pm ; 02042013
parking kereta dengan penuh cermat....ambik barang-barang 'perang' then terus masuk pejabat...thumb print bukti masuk mengajar....:)
Ditegur oleh kak Mang...."Alina, besarnya kau dapat hamper...."
Hamper apa kak?
"Owh, kau belum naik bilik guru ka? kau pergi tengok la sendiri...."sambil senyum....
Aku mengeleng.....penuh tanda tanya...

Menapak naik bilik guru di tingkat 2....
"Alhamdulillah...sampai juga...." berjalan perlahan2....sambil senyum kiri kanan pada pelajar2 dan guru2 pagi...ya la...senyuman itu sedeqah....:P

Sampai ja di meja guru....;
"Tahniah Alina !"
Ucapan dari beberapa orang kakak2 merangkap guru senior....
ku kaget sambil tersengeh...

1 bakul tuffah !

"kak, kenapa ada benda ni atas meja alina? Sempena apa? Dari siapa?..."
terus menjadi tanda tanye....
"Untuk Alina la .." Jawab kak Yusrah...

"Owh....hari ni Apple Day..."
    baru aku ingat....tp dari siapa bakul VVIP ini...
     tak per...akan aku selidik !

1 Jam kemudian

"Ustazah Alina, ni untuk ustazah..." sambil menghulurkan 2 lagi bakul tuffah
Erk,.....untuk ustazah ka?
     "iya......" jawab Julia ringkas.

Julia : pelajar frm6 merangkap AJK penganjur Apple Day

" Boleh ustzah tahu bakul2 tuffah ni dari siapa?"
Dia senyum.....
"boleh ustazah....nanti saya semak ya" jawab Julia...

20 minit kemudian ;
"ustazah, ini ada lagi untuk ustazah..." sambil hulur 2 lagi bakul tuffah...
"aih, kenapa banyak sangat....?" soalan yang tak sepatutnya  aku tanya...huhu


Julia semak sambil bacakan isinya ...;
"bakul VVIP dari Amin Syah, 5C
2 bakul berikutnya dari 3B, pelajar lelaki.
2 bakul lagi tidak dinyatakan di sini...dari pelajar2 perempuan...mungkin pemberinya mahu nama dirahsiakan...
tahniah ustazah...penerima tuffah yang paling banyak"

Gulp......terharu....sungguh, aku sangat2 terharu...

Aku tersenyum...kepalaku ligat mencari gali sesuatu....mereka2 ini ;
banyak meninggalkan memori indah lagi mengembirakan....
Opsss....kenapa mataku berair....!!!


Terima Kasih....duhai kekasih2 hati ustazah...
~_______~

0141
06042013
Sandakan

Lampiran (",)






















By Alina Wardah



Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman.





































Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa. Dia ingin kita menghabiskan waktu-waktu malam kita yang sunyi dengan hanya merintih dan berkasih padaNya yang satu tanpa gangguan dari sesiapa.


Dari dulu....sekarang dan mungkin selamanya kali .. blog akuislam.com tetap menjadi pujaan jiwaku tatkala jiwa ini sunyi dari sebarang nasihat...:)
12.38 a.m
2/4/2013 
Sandakan, Sabah

 


By Alina Wardah
Betapa aku rindukan tempat ini....Allah....

Waspadalah dengan 40 senjata iblis dan bala tenteranya
 
1. Panas baran.
2. Cinta dunia.
3.Penyakit bodoh.
4. Berangan-angan.
5. Tamak haloba.
6. Bakhil dan kedekut.
7. Bangga diri.
8. Bongkak.
9. Kagum diri sendiri.
10. Takut dan gelisah.
11. Sangka Buruk.
12. Mencaci hina.
13. Suka pada dosa.
14. Rasa tidak bersalah.
15. Putus asa.
16. Kufur.
17. Sombong.
18. Memilih-milih hukum (Sekular)
19. Rezeki haram.
20. Orang miskin yang sombong.
21. Kufur nikmat.
22. Lalai.
23. Besekutu
24. Mengumpat.
25. Bermewah-mewahan.
26. Menegakkan kebatilan.
27. Memutuskan hubungan.
28. Derhaka.
29. Dayus.
30. Melupakan ibubapa
31. Ikhlas kerana terpaksa.
32. Hilang sifat amanah.
33. Dunia masuk masjid.
34. Minuman keras jadi ringan.
35. Wanita hiburan.
36. Utamakan hawa nafsu.
37. Stress / tension / tekanan.
38. Berat menunaikan solat isyak dan subuh.
39. Menipu dalam perniagaan.
40. Menunjuk-nunjuk.

Dipetik dari buku 40 Senjata Iblis beserta bala tenteranya karangan Abu Ahmad Yasin terbitan pusaka Azhar

Labels: 0 comments | | edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...