Showing posts with label In_Sihat. Show all posts
Showing posts with label In_Sihat. Show all posts
By Alina Wardah
Sememangnya penulis dan aktiviti lasak tidak boleh dipisahkan.......:)

Dari zaman sekolah....sampai masuk univ...da bekerjaya...masih juga tak boleh berenggang dengan aktiviti lasak....Alhamdulillah...stkt ni smua aktiviti lasak itu 'terpilih dan menyihatkan'..hehe

Suka saya kongsikan pengalaman water rafting di Sungai Kiulu...bukan sorang diri...tp beramai2..seramai 14 org guru SMKBS terlibat...di'plus'kan dengan 2 orang doktor jemputan...hehe..aktiviti ni berlaku beberapa bulan yang lepas....(Ops..hehe..lambat pulak update kat blog)...bertarikh 28-30 bulan September 2012

Perjalanan kami yg memakan masa berjam2...kawan2 yang kilik2..4buah kereta berkonvoi...ekspedisi yang mencabar tahap kesabaran dan keberanian diri...ye lah, penulis bertolak dari Sandakan...nak sampai KK ambik mase 6jam tu..huhu..bermalam 1mlm di bandar KK...then, pagi sabtu bertolak ke Tamparuli...sungai Kiulu terletaknya dalam daerah Tamparuli... 

Ketuanya si Lancer..:)
Pagi 29hb....jantung berdebar2...ditambah pulak kena drive sendiri...driver jemputan naik kereta lain...jd terpaksalah tuan pnye DCA yang kiut itu pandu sendiri kudanya...huhu

Perjalanan ke daerah Tamparuli mengambil masa tak sampai sejam pun....jam 9.00 pg, kami sampai ke "Starting Point" atau dikenali sebagai "Pukat" di kalangan masyarakat situ.......airnya tenang...rafter (jurulatih khas) kata skrg bukan musim hujan...jd tak merbahaya sangat la..kanak2 pun boleh ambil bahagian...kalo mak bapak bg izin... tambah rafter lagi...sungai kiulu grednya tak sama dngan sungai Padas...kat sini gred 1 / 2...tak macam di Sungai Padas..tahap 3 / 4...sungai Kiulu tahap bahayanya boleh di bawak berunding...(mak aih..ayat rafter ni tenang lagi menyenangkan..)

Haaaa? tak mencabar? lutut ini da menggeletar....tadi debaran lain...skrg datang lagi debaran...berganda2 debaran nih...jantung pun da terasa tiada ditempatnya...haha...
yg menulis ini da la tak pandai berenang... pnh la berpengalaman naik bot...itu situasinya lain...ada enjin..bot da la besar..

Cuba bayang...
berkenu di aliran arus yang deras..isi sungainya penuh dengan batu-batan....dah la saya ni tidak tahu langsung berenang...hik

banyak group yang handle aktiviti ni...kami pilih yang biasa2 ja...level yang tak tinggi mana...aiyyark..lupa plak nme group yang kami join tu...MAAF ya..!

Setelah diberi taklimat dan tips khas oleh para rafter....kami memulakan aktiviti....
Bersiap sedia dgn jaket keselamatan dan helm..serta pendayung 1 sorang...smua tu wajib ada pd setiap peserta......

Kami beramai-ramai menurunkan bot getah atau "dingy" yang boleh memuatkan 5 hingga 8 peserta....
Kami putuskan untuk ambik 3 dingy...2 dingy memuatkan 6 orang..dan lagi 1 dingy hanya ada 5 orang...


Kami diarah oleh rafter untuk mengheret dingy ke tengah sungai...deruan air sungai yang mengalir tenang tidaklah menyukarkan kami untuk sampai ke tengah sungai....tp tanpa disangka2...baru je masuk sungai, 1 badan basah kuyup...kenapa jd mcm tu..biarlah rahsia...eheh.. 

Setiap kump seolah2 tidak sabar untuk memulakan 'kembara' masing2....permulaannya di aliran air sungai yang tenang....sambil menghayung pendayung perlahan2...juga bersembang tentang taajubnya ciptaan Allah...
Di sepanjang Sungai Kiulu terdapat kawasan yang tidak deras arusnya dan ada yang sangat laju arusnya tambah2 dikawasan yang isi sungainya berbatu...jadi tenaga kami tidak digunakan secara maksimun..hnya di sesetangan tmpt shja memerlukan tenaga...yang penatnya adalah rafter..mengawal arah dingy...kami peserta yg seramai 5 orang hanya relax sambil menikmati damainya pagi...:P

Sungguh, mata ini seolah2 terpukau dengan keindahan alam sekeliling ciptaan Allah SWT...ditambah dengan bunyi aliran derasnya air sungai....TENANG...AMAN...MENDAMAIKAN jiwa raga...

adakalanya rafter mengingatkan kami untuk mula beraksi... sama2 mengawal dingy dari dihanyut deras air sungai...supaya dingy kami ada halatujunya...kami hanya mengikut arahan KETUA....sifir arahan dari rafter : backward... forward...
dan yang paling specialnya...dingy kami BOCOR !!!!
..ahaha.... sabar je la... padahal jantung ni dup..dap...dip...dup.... 
Rafter cakap..tak per...masih dalam kawalan..hush...hush...

Ops..lupa nak memperkenalkan rafter kami...ANUAR...muallaf...bagus dia...tenang memanjang...percakapan dia lembut jer...dan yang pasti sntiasa cool..walaupun mase tu dingy kami tersekat di celahan batu besar..kami dah mula cuak...dah la si Anuar tu kurus...dia turun dari dingy sorang2 and push dingy kami sorang2...kami nak tolong tak dikasinya...ya lah...air sungai deras mase tu...kami semua tidak berpengalaman nak handle situasi itu....dan akhirnya kami berjaya jgk keluar dari cabaran itu...semuanya hasil usaha si Anuar...huu

Sememangnya kerjasama antara ahli 1 dingy amat penting...kalo sorang buat hal..silap haribulan tak sampai kami ke garisan tamat...:)...Oya, mmg nak bekerjasama dengan si Anuar tu...da dia kata dia mampu buat..kamu diam2 saja dalam dingy...maka kami bagi semangat melalui mulut ja la...:)

Pengalaman tak boleh lupa sampai harini..tertelan berjug2 air....sebelum ditarik kluar dari air...apa lagi...saje2 melemaskan diri...ahaha...biarla jd kenangan...Alhamdulillah..syukur masih dibagi peluang menginap dibumi Allah tuk 1 jangka masa lagi...

Paling best bila kami 3 pasukan berlumba untuk berada paling hadapan...adakalanya group kami di potong olen group lain....ada yang group dari pelancong China...sempat la bertegur sapa setiap kali kami berehat di 'RNR'..ehehehe...
kalo tak silap kami sempat berhenti rehat di 3 check point...

check point pertama : Berenang santai
check point keduan : kasi ikan makan
check point ketiga : apungkan diri di arus sungai yang deras sambil pegang kawan 

Ohya....semua aktiviti kami itu dirakam oleh jurukamera khas...untuk kenang2an kami...tp kalau nak gmbar tu..berbayar....bukan murah...aiyyark..

Dari kiri Cg Fakhri, Kak Nanie, Kak Fazida, Kak Julie, Saya, Kak Salina, Kak Scha dan Cg Rahman

Aktiviti menyelusuri sungai Kiulu mengambil masa selama 3Jam lebih..hurrmm...tp bergantung pada arus sungai....walaupun penat, tapi kami puas berekspedisi...:)...dan disaat pegang ja sijil yg kami dpt tu...terasa diri ini berjaya dlm cabaran itu...ehehe..gurau bha...

Akhir sekali apa yang dapat penulis garapkan disini...kerjasama, pengorbanan, kekuatan fizikal dan mental, ketabahan semua peserta..perlu digaul sekali agar tercapainya sebuah pengembaraan yang penuh dengan iktibar dan juga keseronokan.

Jiwa hebat !

Pesanan penulis, apa sahaja aktiviti lasak yang kita nak ceburi..kita mestilah ukur baju di badan sendiri...erk..eh..silap....kita kena tahu tahap kemampuan diri dan keselamatan aktiviti tersebut...ok....Yok, banyakkan pengalaman...






0814
02062013
Rumahku Syurgaku, Bachok
~Mencari Arjunaku~






By Alina Wardah
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 
 
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima? 

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. 

Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. 

Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. 

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...