By Alina Wardah
Siapa Musibah ni?
Nama orang ka??
OooWhh..tak eh???...

Seingat aku...dalam usrah dulu pun kami adik beradik pernah bincangkan topik ini..tp..apakan daya..memoriku ini tidak teguh pahatannya....
Sedang aku tercari ayat untuk disemadikan dipusara ini...aku terpandang satu buku...
""Perancangan Eksekutif Islam 2011""(promote buku yang baruku beli sebenarnya..hehe)....belek punya belek...terpampang tajuk yang berkaitan 'Musibah' ... alhamdulillah...boleh jugak aku cedok ilmu dari situ dan tampal kat entri aku yang tak seberapa nih...

Musibah menurut PEI 2011, adalah sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain.

Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak sukai iaitu musibah...

Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati?


Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup.

Hati kita selalu bertanya, Mengapa Allah SWT datangkan semua ini? Apa perlunya musibah?Dan kenapa aku yang perlu melaluinya???

Wahai mulimin muslimat sekalian....
Musibah itu ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai kita disisi Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT menilai hati kita dan amalan kita...

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita.
Apabila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu.

Musibah itu ada 3 jenis.....
Mengapa 3??? ada beza ka??

Berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut....


Kifarah

Musibah keatas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan nafsu.
MAKA, musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan keterlanjuran itu.
Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk OraNg BaiK yG teRbUaT JahAt.
Dengan ujian itu, OraNg BaiK tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah SWT.


Bala

Ujian keatas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan.
Allah SWT datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat.
Dengan kemurkaanNya, Allah SWT turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka.
Orang sebegini diseksa 2 kali.
PerTAMA di dunia..
KeDUA di akhirat..
Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian keatas OraNg JaHaT YG beRbUaT JaHaT..


Ibtila'

Musibah keatas orang yang baik ketika melakukan kebaikan.
Ia adalah tanda KaSiH SaYanG Allah SWT kepada hambanya yang taat.

Dengan musibah sebegini, orang yang SOLEH ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.

Jesteru, jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah daripada Allah SWT???
Ringkasnya, ibtila' ialah ujian keatas OraNg BaiK YG beRbuAT BaiK...


Kesimpulannya, rogol, bunuh, ditimpa pelbagai bencana seperti tsunami, banjir besar, gempa bumi dan lain-lain adalam musibah telah dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan oleh Allah menerusi FirmanNya :

"dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalimsahaja di antara kamu. dan ketahuilah Allah amat keras seksanNya"
Al-Anfal, 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah SWT, beriman dan menegakkan hukum hakamNya dalam segala aspek kehidupan.

Sabda Rasulullah swt,

"barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah SWT akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" 
HR Abu Daud


Wahai diri yang serba dhaif, andai ujian sentiasa mengetuk pintu kesabaranmu...pujuklah hatimu..supaya sentiasa untuk bersangka baik...itulah sebaik2 muslim yang beriman..


Selamat mengoreksi diri.....(^-^)

Labels: | edit post
1 Response
  1. Anonymous Says :

    Sentiasa ingat Allah ya....


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...