Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
- Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
- Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
- Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
- Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
- Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
- Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
- Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
- Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
- Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
- Adakah kamu menjaga hubungan kamu sesama manusia lain?
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.
Post a Comment