By Alina Wardah
Aku Tak Bodoh...
                                                       sangat menarik...

penuh erti.... 
seribu pengajaran
comedy movie that is set to make you laugh and cry

sesuai untuk tontonan umum...

brings out hilarious and heart
 

Cerita ini mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya bahawa melalui kritikan, anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Nasihat dan teguran dianggap bebelan/leteran tanpa makna...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... Anak zaman sekarang, penuh angan, igauan, impian tanpa sempadan. Adakalanya, mereka ada betulnya..silap kita kerana terlalu ego...tidak mahu bagi mereka PELUANG...hanya tahu, kita sentiasa betul...benar...mereka SALAH. 

Selamat menonton....;-)

2 Responses
  1. murihah yang semakin comel Says :

    heheh.

    siap ada review seh... =D

    arigato kak!


  2. Nisaimana Says :

    hehe....untuk kalian semata...lalala


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...