By Alina Wardah

Sekejap..bersama Dato’ Iblis
Setan  Tuan iblis, saya nak tanya sikit. Boleh tak?
Iblis  Ada apa setan.
Setan  Kenapa tuan seronok apabila orang alim dan ilmuan meninggal dunia? Adakah kerana tuan gagal menghasut orang alim menjadi kufur? Dan tuan berjaya menggoda si ahli ibadah mati dalam kekufuran? Sedang apabila ahli ibadah meninggal dunia, tuan buat tak kisah saja. Takde plak nak gembira macam orang alim meninggal dunia.
Iblis  Cakap banyak pun tak guna...sekarang kau pergi jumpa ahli ibadah. Kau try test power dia.
Setan  Aaa..ok.ok..


Sedetik bersama Ahli Ibadah
Setan  Wahai ahli ibadah, maaf ye ganggu sikit ni. Aku nak tanya satu soalan boleh tak?
Ahli Ibadah  Eh? Apa salahnya. Apa soalan kau tu?
Setan  Mampukah tuhan kamu, Allah itu...menciptakan dunia dalam lubang telur?
Ahli Ibadah  Err..tak pasti pulak saya. Boleh ke yek?
Setan  //Apa la ahli ibadah ni..soalan kacang macam tu pun tak tahu nak jawab


Lagi bersama Dato’ Iblis
Setan  Tuan Iblis, saya dah test ahli ibadah yang duduk 24jam atas sejadah tu..soalan senang pun boleh kantoi, bos!
Iblis  Bagus. Sekarang kau pergi test kat ilmuan plak.


Seketika bersama Encik Ilmuwan
Setan  Hai Encik ilmuwan. Nak tanye sikit ni...boleh tak tuhan kamu, Allah itu menciptakan dunia daripada lubang telur.
Encik Ilmuwan  Ooo...tentulah boleh. Takde yang mustahil bagiNya


Lagi bersama Iblis
Setan  Lain pulak jawapan ilmuwan itu, bos? Apa kesimpulannya ni? Saya tak berapa nak faham la..
Iblis  Bodoh!! Itu pun tak tau nak fikir sendiri ke, ha? Kau tengok ahli ibadah tu. Apabila test sikit je dah jadi kufur. Walaupun dia taat beribadah, tetapi ilmu ketuhanannya tidak mantap. Mudah sekali goyah apabila diuji. Berbeza halnya dengan ilmuwan tadi. Dengan yakin dan tenang dia menjawab dengan tepat sekali. Apa yang mustahil bagi Allah? Jangan hanya mencipta dunia dari lubang telur, lebih dari itu pun langsung tiada susahnya bagi Allah.
Setan  Wahh! Pandai jugak bos dalam hal agama ni ye? Dah berceramah macam ustaz jer..hehe
Iblis  Ceh! Sudah! Pergi sambung kerja. Kita takde masa nak main-main. Pergi berambus sekarang jugak! Setan betul la kau ni!
2 Responses
  1. gurupraktikal Says :

    huhu.

    pendek kata, kena ada ilmu...kn?

    (^_^)


  2. Alina Wardah Says :

    iyup..tanpa ilmu..iman kita sesat..


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...