By Alina Wardah
NAMA SEKOLAH                              :           SMK BATU SAPI , SANDAKAN
KOD SEKOLAH                                 :           XEA 2072

1
NAMA GURU
SAYA GURU BAHARU
2
JUDUL
40 STRATEGI PENDIDIKAN RASULULLAH
3
BIDANG
ILMIAH
4
PENGARANG
SHEIKH ABDUL FATTAH ABU GHUDDAH
(Tokoh  Ulama’ Hadis Syria)
4
MUKA SURAT
204
6
TERBITAN
PELIMA MEDIA
7
SINOPSIS
Buku ini mengenengahkan cara Rasulullah mengaplikasikan pendidikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dalam tempoh yang singkat, tanpa prasarana  pendidikan yang kondusif, Rasulullah s.a.w berjaya membangunkan suatu rupabentuk kelompok baru masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sekaligus dapat merangkumi kehidupan, jalan pemikiran, asas pertimbangan, sikap dan kelakuan malah budaya hidup keseluruhannyaberubah kepada kebaikan, keadilan dan kasih saying.
8
NILAI PENGETAHUAN/
PENGAJARAN
Buku ini menerangkan tentang strategi-strategi dalam penyampaian PdP sekaligus memberi cadangan kepada guru-guru dalam memperbaiki teknik PdP mengikut kesesuaian. Selain itu, buku ini juga memberi kefahaman berkaitan cara-cara penyampaian yang lebih sistematik dan tersusun. Beberapa huraian yang disampaikan memberi gambaran jelas berkaitan teknik pendidikan cara Rasulullah dan kesesuaiannya untuk diaplikasikan dalam PdP sekaarang.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang baik dalam menyampaikan sesuatu. Oleh itu kita  seharusnya sentiasa menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal masa zaman Rasulullah s.a.w sentiasa relevan dan kemas kini.
9
APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI / PDP
Hasil dari pemahaman dan penelitian saya, perkara utama yang perlu dimasukkan ke dalam PdP adalah teknik atau cara penyampaian yang berkesan dan sistematik. Buku ini banyak menyalurkan idea kepada saya kaedah dan penggunaan idea dalam perealisasikan PdP yang terbaik meengikut situasi pelajar dan suasana pembelajaran yang berkesan.
10
KESIMPULAN
Sebagai penutup, buku ini banyak membantu saya dalam pengembangan idea yang pelbagai untuk menghasilkan PdP yang baik dan sesuai dalam matapelajaran yang saya ajar. PdP akan lebih bermakna sekiranya teknik pengajaran kita dapat diterima oleh pelajar.

Disediakan Oleh,                                                                                                       Disahkan oleh,


___________________________                                                                             _____________________________
(SAYA GURU BAHARU)                                                                                      (                                                                 )


Tarikh siap : 11 Okt 2013



Tatkala jari jemari saya sedang enak menari ikut tarian sendiri..membuat sinopsis sendiri berkaitan buku ini..saya terfikir....mampukah saya mengaplikasikan strategi2 ini......"Allah...aku lemah, aku tak kuat".....moga Allah kuatkan saya sebagaimana Dia kuatkan guru2 yang mengajar saya dulu kala.. Dengan lafaz bismillah...saya nekad....saya akan.....:)

Jadi...
inilah gambar bukunya dan inilah sinopsis ringkas dari hasil bacaan yang tak seberapa setelah melalui 'tempoh pencen' yang agak berkurun...berabad....berdekad...ambik la semua...ahahaha...
bahasanya agak tidak 'kaya'...semiskin tuannya...ehurm...miskin ilmu....itu saya pasti !

dan....

tatkala sinopsis ini dihantar pd cg Anuar....boleh plak dia gelak...ayat dia tu yang takleh lupa...ahaha....  walaubagaimanapun..terima kasih cg Anuar tuk kata2 semangat itu...mungkin saya satu2nya guru yang hantar 'sinopsis' ini...
tp saya tak sehebat guru2 lain yang duk ada di SMKBS..saya ini guru baharu yang baru nak belajar erti sebuah kehidupan yang berlatarbelakangkan semak samun yang tebal....keke

Fight oh GB !!!!


1954 
22102013
Taman Fajar Perdana,Sandakan
~Ma fi Qalbi Ghairullah~






2 Responses
  1. Karan Patel Says :

    Connect for good web developmet here web development
    Thanks


  2. Naman Arora Says :

    Amazing post
    loved reading it
    See this for more lovable stuff-
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/29/august-2017-calendar-pdf/ and
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/29/october-2017-calendar-holidays/
    Thankyou for such a nice post and also for viewing this



Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...