By Alina Wardah
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))




Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.


JAWAPANNYA :

Mengapakah hendak dibuang tahi lalat itu ? .


Kalau ia terletak di muka ( contohnya ) adakah ia menghodohkan muka sehingga menyebabkan tuan empunya diri berasa malu ataupun sentiasa merasa rendah diri ? . Contohnya tahi lalat itu agak besar saiznya ( drp biasa ) dan ia pula terletak di tengah-tengah hidung ? . Disebabkan tahi lalat itu orang selalu mentertawakan si empunya diri sehingga digelar “ badut sarkas “ .

Adakah tahi lalat itu boleh menyebabkan kesukaran bagi tuan empunya diri ? . Contohnya , tahi lalat itu terletak di bawah alis mata sehingga mengganggu penglihatan .

Adakah tahi lalat itu besar dan berapa pula di kawasan bibir sehingga menyebabkan sukar untuk si empunya diri makan ? .

Jika YA , maka tidaklah mengapa tahi lalat itu dibuang kerana ianya :

1 – Sama ada mendatangkan aib ( malu ) pada si empunya diri ataupun menyebabkan ia merasa rendah diri . Ataupun :

2 – Ia menyebabkan penyakit ataupun kesukaran .

Namun semuanya itu mestilah dilakukan :

1 – Dengan niat untuk merawat bukannya bertujuan untuk menipu ataupun menggoda . Ertinya niat haruslah baik .

2 – Ia disahkan oleh pakar-pakar perubatan sebagai perlu dibuang kerana ia mendatangkan kesukaran ataupun penyakit .

Sila rujuk kembali Soal-Jawab yang lepas untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut . 

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

29 / Safar / 1424 H
01 / Mei / 2003 M



Sumber : http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/
Syukran Jiddan...;-)


0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...