By Alina Wardah
Tarbiyah terhebat……”ya Allah, rezekikan aku untuk kembali ke ‘kampung halaman’ku lagi.”.

~Tanah Haramain itu makin kami rindu~ ES-GLOBE ’10

“Aku berpijak pada tempat baginda pernah berpijak. Aku solat pada tempat baginda pernah bersolat. Setiap langkahku di sini, haruman baginda yang mengiringi. jelajahku di tanah ini, seolah pawagam yang menayang kembali. Perit getir baginda dicaci. Indah persahabatan yang setia. Kekuatan Islam yang baginda bina. Sehingga manisnya ku rasa~”

Allahu Akbar !!!

Aku semakin merindui Syurgamu,
Biarpun 3 tahun sudah berlalu...
memoriku ligat berputar menayangkan gambar2 lama seolah baru kelmarin aku tinggalkan tempat ITU...
Aku rindu...sangat rindu...
Ya...masih aku ingat...
disaat mataku melihat Kaabah...
Nafasku mati
Lidahku seolah2 dipaku
Kakiku lemah

Masih juga aku rindukan sahabat2 serumpun itu...
aku kuat, sekuat mereka....
aku berani, seberani mereka...
aku juga tabah, setabah mereka...
Aku nakal....dan mereka berjaya meneutralkan kenakalan aku...hehe...
Aku bahagia dunia akhirat...kerana mereka ada di samping aku....:)




1954
26052013
Rumahku Syurgaku, Bachok
~Berikan Aku Peluang~
 

By Alina Wardah
Aku boleh berkata berhenti.
Tak mahu meneruskan. 
Tapi sudah sampai tahap ini.
Berhenti hanya mengecewakan jiwa-jiwa yang menaruh harapan.
Berhenti bermakna,impian tidak dapat dilaksanakan. 
Maka, aku putuskan,bila degup jantung berhenti, hanya itu saat noktahnya.


2234
24052013
Rumahku Syurgaku, Bachok
~Masih sama, tiada kata~
By Alina Wardah
Alhamdulillah...
Hari ni..bersamaan 23 Mei 2013/Khamis....
Bermulanya cuti seorang guru...
dan bermula jugak la episod 'mencari tag harga sebuah kehidupan'...:)

Flshback balik kisah semalam yang bahagia lagi membahagiakan...:)
Rabu - 22 Mei 2013 - 9.30 pg....habis ja acara merentas desa SMKBS...terus jumpa ibu pengetua...minta kebenaran tuk pulang bercuti + hilangkan rindu jumpa beliauku + huk..uhuk....(sori..batuk.}... meeting guru jam11 terpaksa la ponteng...minta maap yer...sesungguhnya aku tidak dpt menahan gejolak 'balik kampung'...heheh...

Bapak warden a.k.a jiran sebelah rumah also cg senior di smkbs, dari kelmarin menawarkan diri sedia tuk hantar kami p airpot... terima kasih cg bidin yang baik hati lagi rajin tolong kami...:)

jam9.43 terus pecut balik rumah..sekolah - rumah lebih kurang 20min ja pun pjalanan...smpai rumah jam10.05...bersihkan diri...pakai baju baru lagi wangi..:)
(almaklumlah merentas desa sambil merentas beberapa kampung + jalan raya yang rosak teruk ditambah pula berlumba dgn lori2 n treller2....)

..andu bha...flitenya jam11.35...aigosh...
alhamdulillah..sempat..jam10.30 dan siap nak kunci pintu rumah...kerling blakang...aih..fortuner da menunggu rupanya...mcm biasa la...cg bidin orgnya suka menepati masa..:)

sampai airpot...angkut beg...(siap kene perli dek cg bidin..'kamu balik bawak batu ka nih..ya ampun beratnya beg'...kami gelak ramai2..haha)...then tak lupa ucap terima kasih pada penjaga kami itu...berlari2 anak untuk check in....dan get ready tuk masuk balai pelepasan..... flying with wing !!!

jam2.35 smpai di KLIA...transit kejap....flite ke kb jam6.35... habis 1KLIA kami jelajah...sambil bersihkan mata yg berhabuk mse merentas desa td pagi...kekeke....

jam5.30 berjalan masuk p balai pelepasan...org putis panggil departure hall...terus p gate B2....dan menunggu lagi....aih..pelik pulak...da 6.05 minit...sorg pun takde kakitangan mas kat B2...p check kat skrin besar....auchhh....rupanya suda ditukar...terus kami berlari p gate B9...nasib baik sempat..kalo tak merasa la kami jd glamor bila nme dipanggil diudara...kiki...

Flying with wing lagi !!!
alhamdulillah...selamat sampai....jam7.25 da menunggu tuk ambik beg doraemon...:)
lepas dpt beg...berhajat nak p solat..menapak la ditemani beg doraemon itu...smbil2..call my brother...aih,dia kata da sampai...terus tukar haluan...p cari pintu keluar...(balik solat kat umah ja la...lgpun kejap ja nak sampai umah dari airpot)

cepat2  cari keta my abang...ya jumpa!
angkut beg masuk dalam keta cepat2....den suruh dia gerak cepat....tak sabar bha...
dlm keta tu ada husna my ank buah n my lovely emak....

huhu..alhamdulillah....bahagianya kalau da namanya balik kampung halaman...


1844
23052013
Rumahku Syurgaku, Bachok
~Dengan Kasih Tanpa Benci~











By Alina Wardah
Alkisahnya, seorang kakak yang telah dirisik seorang lelaki...
tetapi di hati kakak dilema antara dua..
adik bertanya, tidakkah kakaknya meredhai agama yang dimiliki pemuda itu..
kakak menjawab, pemuda itu kerjanya antara iman dan kufur adikku..
adik bertanya, kenapa kakak berkata demikian?..
kakak menjawab, iman ini sentiasa diduga dik bahkan persekitaran kerja yang kondusif pun belum tentu iman itu terjaga inikan pula di tempat kerja yang mempunyai seribu satu dugaan adikku..
adik boleh memahami situasi tersebut lalu berkata...hati manusia ini lain2 kan kakakku, mungkin hatinya berlainan..
kakak menjawab, mungkin ya mungkin juga tidak adikku..muslimah ini disarankan memilih agama yang benar di sudut pandangan hatinya, langkah-langkah yang perlu diatasi andai iman dikhuatiri tergugat..
kakakmu ini hanya ingin mencari syurga dunia adikku, syurga dunia yang akan membawa kakak melalui indahnya syurga akhirat bukan nilaian duit, harta @ kebendaan di dunia semata-mata andai itu lebih kepada material..kakak tahu, jalannya agk payah dan susah adikku bahkan ianya hampir-hampir mustahil untuk dikecapi tapi ianya tidak mustahil andai kakak bersandarkan aturan Allah yang telah ditetapkan untuk kakak melalui niat kakak semata-mata ingin meraih redhaNya..
adikku, kita memerlukan aqidah yang benar terhadap sesuatu yang bukan dalam jangkauan pemikiran kita dan semestinya yakin itu pasti, percayalah!!segala-galanya bermula dari kita,perbetulkan diri kita..usai mendengar,
adik membalas dengan sayu dan yakin..in shaa Allah kakakku, semoga keberkatan jodoh ada padamu..amiin yaRabbi.

Nukilan indah dari seorang adik untuk kakaknya yang nakal lagi kilik....:P


1723
23052013
Rumahku Syurgaku, Bachok
~Dengan Kasih Tanpa Benci~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...