By Alina Wardah
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada pen marker, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata;


“Saya ada suatu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada pen marker, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat pen marker, maka berserulah “Pen Marker!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”


Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian guru kembali berkata;


“Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat pen marker, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Pen Marker!”.


Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.


“Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika".

“Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya". 


Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya..
 ”Paham cikgu…”
“Alhamdulillah, kamu dapat memahaminya…”


Hari itu, guru itu menamatkan proses pengajarannya dengan senyuman yang luarbiasa.."aku tahu anak2 ini bijak..mereka tahu untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk"....


"Ustaziatul Alam"
seindah sebutan.......

Imam Hasan Al-Banna pernah kata....“Medan khayal itu lebih luas dari medan bercakap, medan bercakap itu lebih luas dari medan beramal, medan beramal itu lebih luas dari medan jihad, dan medan jihad itu lebih luas dari medan jihad yang muntij”

Apa itu Muntij.....?
argh..apa itu Medan....?

'Kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi seribu satu maksud tersurat dan tersirat. Bagi mereka yang bersih hatinya, pasti akan menemui maksud dari penyataan beliau......'

iya...sama sekali aku tak lupa itu... 

'Untuk mengatakan yang kita mahu Islam ini menjadi ustaziatul alam adalah cukup mudah. Kanak-kanak berusia 3 tahun pun mampu untuk berkata sedemikian. Namun, persoalannya adalah adakah kita benar-benar beriman dengan kata-kata kita itu langsung melakukannya tak kira susah manapun jalan yang bakal kita tempuhi.'........
duhai hati2...walau kite ada rasa tak mampu..kita usaha lagi.... sama2 kita terus berjalan...kalo rse tak sempat...kita berlari..sehinggalah ke saat kita bertemu denganNya....


~~~~~~~~~~~~~~~(@)',-'-,"-..=D




Labels: | edit post
4 Responses
  1. muri yang semakin montel Says :

    bagusnya idea ni.

    selalu org buat sekadar game je.

    guru wanita, anda semakin hebat la skrg!


  2. Alina Wardah Says :

    ada apa pada kehebatan guru ini?....langkahnya baru nak ke garisan mula...moga dia sentiasa bahagia...

    muree yang semakin montel...jaga diri kamu ya..;-)


  3. muri yang kena jaga diri Says :

    betul.,baru di garisan mula. Garisan mula menjejak garisan hebat..teruskan kak!

    kehkeh. dalem maksudnya itu.

    insyaAllah kak, u too..=)



Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...