By Alina Wardah

Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga:- 

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.


Sumber : Mazelan Abas

By Alina Wardah

Assalamualaikum wbt.
Update terbaru tentang Alina Wardah..;-)

Ceritera 1 

Akhirnya penantianku terjawab...Aku dilamar Kementerian Pelajaran Malaysia.. Adeyh..jiwang plak ayatnya..

7 Feb ; diarahkan untuk melaporkan diri di Hotel GoldCourse, Klang. Semalaman di situ untuk taklimat. Esoknya, 8 Feb ; selamat berangkat ke Sabah..meneruskan perjuangan sebagai ustaziatul alam (cita2 yg tak mustahil untuk dicapai..kan?) taklifan yang sangat berat bagiku... 2 hari di KK, akhirnya aku dipos pula ke Sandakan...tiba di Sandakan hari Khamis iaitu 10 Feb : 1.40 pm. ..

Ehurm,..20min dari airport aku selamat tiba di SMK Batu Sapi..MasyaAllah..cantik sungguh nama itu..peace =)

Sampai disana aku dijemput oleh PK Ko..Cikgu Awg Tajuddin..

Tiba di sekolah..Aku terus ke bilik Pengetua...Puan Normah Husin. Sangat baik orangnya..penyayang lagi..  ehem..segalanya dirancang untukku..hikmah dari kegagalan mungkin.
Tamat.


Ceritera 2

Sebulan di SINI, aku gembira..teramat gembira..syukur padaNya..kerana titipkan aku hadiah ini..
Akan aku manfaatkannya sebaik mungkin.


Cikgu Cikgi SMK Batu Sapi..owh ya..jgn dicari..aku tiada di sini...;-)


By Alina Wardah
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))




Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.


JAWAPANNYA :

Mengapakah hendak dibuang tahi lalat itu ? .


Kalau ia terletak di muka ( contohnya ) adakah ia menghodohkan muka sehingga menyebabkan tuan empunya diri berasa malu ataupun sentiasa merasa rendah diri ? . Contohnya tahi lalat itu agak besar saiznya ( drp biasa ) dan ia pula terletak di tengah-tengah hidung ? . Disebabkan tahi lalat itu orang selalu mentertawakan si empunya diri sehingga digelar “ badut sarkas “ .

Adakah tahi lalat itu boleh menyebabkan kesukaran bagi tuan empunya diri ? . Contohnya , tahi lalat itu terletak di bawah alis mata sehingga mengganggu penglihatan .

Adakah tahi lalat itu besar dan berapa pula di kawasan bibir sehingga menyebabkan sukar untuk si empunya diri makan ? .

Jika YA , maka tidaklah mengapa tahi lalat itu dibuang kerana ianya :

1 – Sama ada mendatangkan aib ( malu ) pada si empunya diri ataupun menyebabkan ia merasa rendah diri . Ataupun :

2 – Ia menyebabkan penyakit ataupun kesukaran .

Namun semuanya itu mestilah dilakukan :

1 – Dengan niat untuk merawat bukannya bertujuan untuk menipu ataupun menggoda . Ertinya niat haruslah baik .

2 – Ia disahkan oleh pakar-pakar perubatan sebagai perlu dibuang kerana ia mendatangkan kesukaran ataupun penyakit .

Sila rujuk kembali Soal-Jawab yang lepas untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut . 

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

29 / Safar / 1424 H
01 / Mei / 2003 M



Sumber : http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/
Syukran Jiddan...;-)


By Alina Wardah

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, 

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 


menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 



menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 


menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu, 


dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



P/S : " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan. "

By Alina Wardah
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan mel! engkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana,
Setiap Wanita itu Cantik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...